Sunday 30 June 2013

Cameron Highlands


Seronok sangat kalau dapat bercuti kat sini.Tapi bila memikirkan tentang keadaan jalan....aku memang kena pikir bayak kali la kalau nak datang sini.


Bila sampai kat sini...perkara pertama yang aku buat......,menikmati strawberry coklat.
Sementara menunggu yang lain2 siap makan,kita orang ambik kesempatan tuk berposing dulu...



Si Kecik ni....,orang sibuk dok menikmati strawberry coklat...dia plak sibuk dok nak petik buah strawberry....x leh jadi ni,kalau x halang...abih 1 ladang di kerjakannya...



Nak je aku petik kobis ni byak2....,pastu g jual...hahaha....

Aksi tersendiri dari Si Bujang dan Si Kecik....



My Hubby......,eksyen je lebih.....hehe..,berani ke nak makan tuuuu...
Kalau setakat nk eksyen depan kamera...kita orang pun boleh...



Aku sebenarnya kan,nak je betul2 gigit buah epal tu,tp memandangkan pakcik kat atas pokok tu da warning awal2....,tuk ambik gamba je bukan tuk di makan......,terpakse la menahan rasa hati....



Along yang malu2 kucing bila suh posing...








Dik...labu tu pegang je tau...jgan gatal2 tangan plak nak petik...


Ada ke patut..ajak mak mertua posing kat atas jambatan....,hahahaha...nasib baik mak mertua sporting...



Cantik kn pemandangan kat belakang tu......





Sebelum balik....sempat la posing kat ladang teh...,

Bila dapat bercuti dengan keluarga ni best sngat,peluang bukan selalu ada..,memng susah sangat nak kumpul kan semua dalam 1 mase.Harap2 cuti yang akan datang ni....semua dapat join....

Friday 14 June 2013

BSY NONI BLACK HAIR MAGIC


Setiap orang mesti mengalami masalah rambut kan.....tak kisahlah masalah rambut beruban ke,rambut gugur ke,gatal kulit kepala dan macam-macam penyakit lagi la yang berkaitan ngan rambut terutamannya bagi mereka yang bertudung.



NONI Black Hair Magic ni berfungsi untuk mengatasi masalah rambut gugur,merawat rambut yang beruban,gatal kulit kepala dan menyihatkan akar rambut,ianya akan menghitamkan rambut dengan penggunaan kali pertama.Boleh aje di gunakan di mana-mana sahaja.
NONI Black Hair Magic pastinya akan membuat anda kelihatan muda dan berwajah baru.

intipati;
TUMBUHAN HERBA DENGAN INTIPATI SEMULAJADI TULEpN
(pati noni,inai,ginseng,ganoderma)

Kelebihan produk NONI Black Hair Magic ni
-di buat tanpa menggunakan bahan kimia yang merbahaya (ujian LAB)
-mudah di gunakan (hanya cucian syampu)
-tahan lama,tidak pudar (sehingga rambut baru tumbuh)
-jimat masa,dapat di gunakan di mana-mana (pek mudah bawa dan menampakkan kesan dalam 10 minit)



cara nak guna syampu ni senang je,mula-mula mesti la kena basahkan rambut dulu kan...hehe,pastu keringkan sikit rambut tu dengan tuala,potong rata pada peket syampu,sebelum nak guna syampu ni baik korang pakai glove..kalau tak pakai glove takut nanti warna dia melekat kat tangan.Da pakai glove tu ratakan lah syampu pada rambut.Untuk hitamkan rambut cukup 10 minit je....tapi kalau korang nak buat rawatan kena biar sampai 1 jam la..pastu bilas macam biasa la.Taaaadaaaa....da siap pun.

Lepas ni tak payah la nak  ke salon lagikan...boleh wat sendiri kat rumah,jimat kos...yang penting produk ni HALAL.

Thursday 13 June 2013

Kenangan Terindah....

                                             
     Setelah sekian lama berpisah,tak pernah terfikir pun yang aku akan bertemu kembali dengan diaorang semua.
Kalau berbelas tahun dulu aku memang tak kisah sangat tentang kewujudan diaorang ni...ya la,bagi aku kawan pasti akan datang dan pergi...tambah-tambah lagi kawan2 di zaman persekolahan.Aku begitu yakin yang aku takkan rindukan diaorang semua.

    Tapi setelah semuanya berlalu..aku sedar aku terlalu rindukan diaorng semua.Kenangan bersama kalian terlalu indah dan manis untuk ku kenangkan.
Alhamdulillah..dengan adanya kemudahan seperti FB,ku manfaat kan sepenuhnya untuk ku jejaki kawan2 persekolahanku...

     Dan inilah hasilnya.......


Di satu majlis Hi-Tea bertempat di Quality Hotel...kami di pertemukan kembali.



Walau pun majlis tu terlalu singkat..tapi cukup bermakna.


   Oleh kerana terlalu teruja dapat bertemu kembali...tak bayak gambar yang di rakamkan....kitaorang asyik borak je...bercerita tentang kisah2 lama....seronok tak sedar pun mase berlalu.

Untuk Ayu..
Terima kasih kerana berusaha menyatukan kembali kawan2 yang da lama berpisah di dalam 1 majlis.Walau pun majlis kali ni tak ramai yang join,bukan kerana diaorang tak sudi,tapi kerana ramai yang tak tahu sebenarnya.
Terima kasih juga pada Ja...sebab sudi datang nun jauh di Kota Bharu.

Harap2 akan datang akan ada lagi majlis yang macam ni......

Saturday 8 June 2013

Bercuti di UMANG-UMANG

Assalamualaikum...

Da lama buat blog,tp malang nasib blog ku ini di biarkan berhabuk tanpa sebarang catatan....terukkan.
Hari ni baru ada mood nak menulis kat blog....walau pun xde sapa yang sudi nak baca...tak pe la sendiri baca maaaa...hehe.

Bila cuti sekolah anak2 sibuk ajak pergi bercuti,memandangkan my hubby ni sibuk sikit,bawe bercuti kat dalam Malaysia je la (macam la penah gi bercuti kat luar negara..hahaha).Kitaorang sepakat memilih Melaka sebagai destinasi percutian kali ini.
4/6/2013,seawal jam 8 pagi kami da gerak menuju ke destinasi kami.Kami memilih Umang-Umang Chalet sebagai tempat istirehat kami sekeluarga.

Jommmmm....tengok gambar2 yang sempat saya rakamkan sepanjang kami di Umang-Umang.Ooppss...lupa nak cakap, chalet Umang-Umang ni letaknya di Kuala Linggi.Tempat ni best sangat sebab tak ramai orang,yang ada hanya penyewa2 chalet kat sini je,jadi pantai tu cam kita yang punya la...hahahaha.





pemandangan pantai dia cantik kan...

                                      siap ada buai lagi
             
                             bila air laut mula pasang...buai tu kat dalam air tau



senja2 pun masih main kat tepi pantai

                                 teruja la tu dapat tengok matahari terbenam


                               tenang je kan tengok pemandangan di waktu senja  


                                tuan empunya chalet belanje makan telur penyu


                                         apa la yang di tengoknya tu....

                              along ngan ayah pun nak posing jgak...layan la


                                                   seronok beb dapat mandi

                                  pemandangan sekitar kawasan chalet

                            hahaha...gamba ni penting,senang nak budget

Tu je la yang dapat di kongsi untuk tatapan..(ade ke yang bacanya..hahaha),kalau nak tau lebih bayak tentang Umang-Umang Chalet,kena la gi sendiri.....

Saturday 23 March 2013